hidup suatu misteri


Hidup ini menyimpan sejuta mistri
kadangkala buruk mengikut pandangan mata kasar
ternyata baik pada hikmahnya
kadangkala apa yang berlaku sulit untuk difahami
tapi cubalah fahami
sekurang kurangnya saya juga sedang mencuba

saat kita memberi, kita akan menerima
saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita menolong diri kita sendiri.
apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri sendiri.

inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi. boleh saya katakan hidup ini sungguh mistri.
bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.

sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi,
lebih suka di tolong daripada menolong. hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

ada perumpamaan menarik, kisah si buta dengan lampunya;

seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya memegang lampu.

keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.

lelaki itu bertanya;

" mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

orang buta itu tersenyum sambil menjawab, untuk menerangi jalan yang ku lalui".

dengan nada hairan lelaki itu bertanya lagi, tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"

orang buta itu tersenyum sambil menjawab," meskipun saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan orang lain untuk tidak melanggar saya".

disaat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri. kita diingatkan tidak jemu-jemu berbuat baik.

ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan barakah, tenang dan hidup bahagia.
pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi segelintir mereka yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk kepentingan diri sendiri,

semoga memberi manfaat

Comments

Popular posts from this blog

Aku gadis biasa mencari Hikmah di sebalik dugaan

Saat Dihimpit Masalah

Nyamuk di sebut dalam Al-quran ???