Saya dan Dia


kata Orang lelaki adalah makhluk yang sangat simple dan penuh dengan ego. 
Lelaki jugalah yang banyak memberiku pengalaman pahit dan manis.
pengalaman bercinta dengan seorang jejaka sehingga membuat aku terbuai oleh cintanya
dan akhirnya dia meninggalkan aku terkapai-kapai dalam hidup.
hati yang hancur sehingga terasa putus harapan. 

betul kah kata mereka kecantikan bukanlah faktor yang membuatkan lelaki itu jatuh cinta pada seorang wanita?

disini saya kongsikan beberapa tips dalam memikat si dia
semoga bermanfaat kepada saya dan anda


*************************************

kata mereka, jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Kecantikan hanyalah satu bonus bagi lelaki. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada daripada segi pemikiran atau minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Cara untuk wanita mendapatkan perhatian lelaki atau dengan kata yang lebih mudah mengorat lelaki ini adalah berbeza berbanding cara lelaki mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini kadang-kadang lambat perasan akan hint yang wanita berikan. Al-maklumlah lelaki kan 😀
So, jom belajar cara memikat si Dia

#1 Jangan tunjukkan keterdesakan anda untuk mendapatkan dia
Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang sangat-sangat tinggi. Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang cuba untuk menguratnya. Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.
Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. Bagi mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan menjadikan hak milik mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana 

#2 Jaga Penampilan Anda
Semua orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai dan tingkah laku anda.
Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan foundation, maskara dan sedikit lipstik. Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan. Nak nampak gojes kenalah nampak cool.

#3 Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak
Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat suka dan sayang kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak mereka kelak.

#4 Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda
Apa kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada si dia merasai air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.
Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. So, dari situ, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang makanan kegemarannya dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh memberinya merasa makanan kegemaran anda kepada si dia. Mana tahu taste anda berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si lelaki.

#5 Jangan Terlalu Mengongkong
Anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan lain. Mungkin mereka keluar atas urusan kerja dan bukan urusan peribadi.
Even anda dah berkahwin kelak, anda tidak boleh mengongkong si dia. Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan.

#6 Berikan Lirikan Mata Menawan
Wanita sememangnya dikurniakan dengan mata yang cantik. Cuma kadang-kadang si lelaki ini kurang perasan. Cuba tonjolkannya dengan memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik.
Dan cuba pandang kematanya setiap kali bercakap. Kata orang, dari mata terus turun ke hati kan.

#8 Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita. Sekiranya si dia menceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. Dan sebenarnya, amat susah lelaki ini berkongsi masalah dengan orang lain disebabkan ego tadi. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang si dia berikan kepada anda.Jadilah seorang pendengar si dia untuk si dia! Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda.

#9 Berikan Sokongan Terhadap Minatnya
Kadang-kadang lelaki mempunyai minat yang pelik. Minat keretalah, komputerlah. Apa yang best sangat pun tak tahu kan. Tapi, janganlah anda cuba menghalang atau sesekali cuba menentang minatnya. Cubalah sesekali memberikan sokongan terhadap minat mereka.

#10 Hormati Orang Tua
Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat ye 🙂

#11 Berikan Senyuman Menawan
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki bergetar. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Lelaki mudah jatuh hati selepas melihat senyuman wanita.
Ketika bertentangan mata, cuba anda lemparkan senyuman yang paling menawan. Mereka akan terpaku dan terkedu seketika. Hati mereka akan terasa bagaikan dipanah! Tak percaya? Cubalah!

#12 Tunjukkan Kebijaksanaan/Kelebihan Anda
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Kadang-kadang tidak perlu untuk anda memakai baju yang ketat-ketat sehingga mendedahkan sana-sini atau belajar tinggi-tinggi sehingga peringkat master. Bagi lelaki, wanita yang tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai fikiran yang matang adalah sangat-sangat menggoda.

#13 Goda Si Dia
Gunakan kelebihan yang ada pada anda. Lelaki sebenarnya amat mudah cair pada wanita. Gunakan gaya bahasa badan anda dan aset anda- lirikan dan senyuman menawan anda itu untuk menarik perhatian si dia!

#14 Ajak Si Dia Melakukan Aktiviti Bersama
Pada masa-masa terluang, cuba ajak si dia minum bersama atau mungkin ke tempat bekerja bersama. Anda berdua dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi. Mungkin anda dapat tahu sedikit rahsianya secara tak tersengaja. 😀

#15 Hantar Signal Perasaan Anda Pada Lelaki Tersebut
Kadang-kadang si lelaki ini lambat perasan ataupun malu untuk mendekati wanita. Mereka pun sama sahaja macam kita; tidak mahu cinta bertepuk sebelah tangan. Tidak salah sekiranya kita sebagai wanita memberikan sedikit hint ataupun signal bahawa kita juga meminatinya.
Sebenarnya istilah perigi cari timba sudah tidak boleh dipakai pada zaman sekarang. Nisbah menunjukkan seorang lelaki bersamaan 4 orang wanita. So, kalau anda terlambat, anda akan terlepas.

#16 Tunjukkan Sikap ‘Slumber’ dan Rileks 
Bersikaplah seperti biasa anda bersama kawan-kawan. Jangan tunjukkan perasaan terlalu syok mahupun control cun dihadapan si dia.

#17 Manja Bukannya Gedik
Lelaki suka perempuan yang menunjukkan perangai manja dan bersifat keanak-anakan tapi bukan yang berlebihan. Itu namanya gedik! Euwww sana. Euww sini. Nak nampak manja tak perlulah sampai nak menangis hentak-hentak kaki ye. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan ‘oloooo’ ataupun ‘alaaa’. Lepas tu buat muka berkerut korang tu. Tak pun buat pipi kembung. Ala macam yang selalu anda buat tu. Mesti hancur leburlah hati si lelaki perkasa itu. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Alalala tomeinya 😛

#18 Bersifat Lemah-lembut Dan Keperempuanan
Wanita dijadikan berbeza dengan lelaki dimana lelaki lebih kuat dan kasar. Dan wanita itu pula diciptakan untuk melengkapkan si lelaki dengan lemah-lembutnya, keayuannya dan keperempuanannya. Ianya seperti konsep ying-yang atau api-air yang mana kedua-duanya bersifat berlawanan tapi memerlukan antara satu sama lain.

#19 Berpegang Pada Agama
Walaupun menjadi tugas lelaki dalam menjadi pemimpin dan pembimbing dalam keluarga nanti, wanita juga hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu agama.
Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga batas-batas dalam setiap perlakuannya. Apabila berkahwin nanti, si lelaki akan berasa yakin untuk meninggalkan wanitanya dirumah (atas tuntutan kerja atau lain-lain) kerana mereka tahu pegangan agama akan menjaga wanita ini.

#20 Jadilah Diri Anda Sendiri
Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru mana-mana artis mahupun kawan anda disekeliling.  Kalau semua orang berperangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri.
Contohnya ramai wanita sebenarnya tidak perasan yang dalam diri mereka tu ada sifat blur-blur. Apabila berlelaki cakap mesti anda akan blur. Blur tu lah yang menampakkan anda sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Jadi, just be yourself ok

* * * * * * * * * * * *
Jikalau anda benar-benar sudah sukakan si dia, pergilah berjumpa dan luahkan isi hati anda. Lambat-laun anda sendiri akan tersiksa apabila memendam perasaan itu di dalam hati. Jikalau si dia menolak, terimalah dengan hati terbuka. Sesungguhnya dia bukanlah jodoh anda 🙂
p/s: Lelaki nampak saja gagah perkasa tapi biasanya merekalah yang paling lemah dalam bercinta dan mereka sebenarnya mudah tergoda bila melihat wanita 
credit to: http://zoncinta.com/tips-menggoda-lelaki/

*************





Comments

Popular posts from this blog

Aku gadis biasa mencari Hikmah di sebalik dugaan

Saat Dihimpit Masalah

Nyamuk di sebut dalam Al-quran ???